Set Baru Karang dari Shaklee


Apa itu batu karang?


Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Batu tersebut boleh berlaku di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing di dalam badan. Organ-organ tersebut adalah seperti buah pinggang, pundi kencing dan saluran ureter (saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing). Kebanyakan pesakit mengatakan Dr tidak dapat mengenalpasti kewujudan batu karang tersebut.

Dianggarkan sebanyak 15-20% daripada seluruh populasi di Malaysia akan mengalami masalah batu karang semasa jangka hayat mereka. Batu karang selalunya kerap berlaku di kalangan golongan lelaki yang berumur di antara 20-40 tahun.  Dan sakit yang dialami oleh pesakit-pesakit ini selalunya teruk dan tidak menghairankan jika seorang lelaki dewasa yang tegap tubuhnya boleh menangis bila sakit batu karang datang menyerang.


Bagaimana batu karang terbentuk?


Batu karang boleh terbentuk apabila kandungan bahan-bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing adalah pada kadar yang tinggi. Namun, batu turut boleh terbentuk jika bahan-bahan tersebut masih pada kuantiti yang biasa sekiranya jumlah air kencing yang dihasilkan dalam badan seseorang itu adalah pada jumlah yang sangat rendah. Bahan-bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudiannya melekat pada dinding buah pinggang dan seterusnya membesar sehingga membentuk batu karang.

Kebiasaannya, batu karang akan bergerak melalui saluran air kencing dan keluar dari badan kita apabila kita membuang air kecil. Batu karang hanya akan menyebabkan rasa sakit sekiranya batu karang itu bersaiz besar dan tersekat di saluran air kencing. Batu karang yang besar selalunya tidak dapat keluar dari badan kita dengan sendirinya dan mungkin memerlukan pembedahan kecil untuk membantu pengeluaran batu tersebut.


Apakah punca sebenar penyakit batu karang?


Tiada siapa tahu punca sebenar yang menyebabkan pembentukan batu karang. Namun, pakar perubatan percaya bahawa batu karang terbentuk kerana dipengaruhi oleh faktor genetik, persekitaran, diet pemakanan, jangkitan kuman di saluran kencing dan sebagainya. Oleh sebab itu, adalah sukar untuk menjangkakan siapa yang akan mudah untuk mendapat batu karang. Jika ada ahli keluarga anda pernah mendapat batu karang, maka anda mungkin boleh dapat batu karang. Malah, jika ada sesiapa yang mengalami jangkitan kuman di saluran kencing berulangkali, mereka mudah untuk mempunyai batu karang.


Apa simptom penyakit batu karang?


Simptom utama dan nombor satu untuk masalah batu karang ini adalah rasa sakit yang teramat sangat di belakang atau pinggang. Malah, sakit ini digambarkan oleh ramai pesakit sebagai sakit yang lebih teruk daripada sakit melahirkan anak. Biasanya, apabila sakit ini datang menyerang, sakit ini akan berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh tersebut, sakit itu akan datang dan pergi.

Hampir semua pesakit batu karang akan ada kesan darah di dalam air kencing mereka dan ini dipanggil sebagai hematuria. Darah di dalam air kencing kadang kala boleh dilihat dari warna air kencing yang kemerahan atau hanya boleh dikesan dengan menggunakan ujian dipstick air kencing atau dilihat melalui ujian mikroskopik.

Selain itu, ramai pesakit turut merasa sakit atau rasa panas apabila kencing dan seringkali boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing mereka. Ada juga yang mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah-muntah apabila mempunyai batu karang di saluran air kencing mereka.

Namun, ramai juga pesakit batu karang yang langsung tidak mempunyai sebarang simptom. Pesakit-pesakit ini hanya tahu mengenai batu karang mereka apabila mereka melalui pemeriksaan kesihatan menggunakan “ultrasound scan”, X-ray atau “CT scan” yang bertujuan untuk mengesan penyakit lain. Malah, batu karang boleh berada di dalam buah pinggang selama bertahun-tahun tanpa menyebabkan sebarang simptom.


Apakah rawatan moden untuk batu karang?


Rawatan batu karang banyak bergantung pada saiz dan lokasi batu karang tersebut, kadar kesakitan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doktor merasakan bahawa batu karang anda boleh keluar sendiri melalui air kencing, jika masih boleh menahan sakit batu karang dan juga jika masih boleh makan minum seperti biasa, maka anda boleh berehat di rumah dan menunggu batu karang tersebut keluar sendiri.

Namun, jika anda mengalami kesakitan yang teruk atau merasa loya-loya, doctor mungkin akan menahan anda di hospital dan merawat anda dengan memberi ubat penahan sakit dan memasukkan air melalui saluran darah anda (IV fluids). Dan jika ada pesakit batu karang mengalami demam-demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan di hospital untuk rawatan dan untuk mengelak jangkitan kuman yang lebih serius.

Jika batu karang tetap tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan kecil atau prosedur perubatan lain untuk mengeluarkan batu karang tersebut. Antaranya ialah proses Lithotripsy yang sesuai untuk batu karang bersaiz kurang dari 1 cm. Rawatan lithotripsy akan menggunakan kuasa gegaran yang dihantar melalui kulit dan organ untuk memecahkan batu karang kepada saiz yang lebih halus. Selain itu, pembedahan kecil turut boleh dilakukan dengan membuat belahan kecil di kulit untuk membuang batu karang besar di dalam buah pinggang.


Bagaimana caranya untuk mencegah pembentukan batu karang?

Pakar-pakar perubatan bersetuju bahawa pembentukan batu karang boleh dicegah dengan meminum banyak air setiap hari. Pengambilan air yang banyak membantu mencegah kristal-kristal halus daripada bercantum dan membentuk batu karang yang lebih besar. Malah, pengambilan air yang banyak turut memudahkan badan kita untuk membuang batu-batu karang yang bersaiz sangat kecil.

Diet pemakanan turut boleh memainkan peranan untuk mencegah pembentukan batu karang di dalam badan kita. Antara makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang jika diambil secara berlebihan adalah seperti daging, organ dalaman seperti hati, paru, limpa dan bahan seperti garam, atau kacang, sayur bayam, coklat, ubi keledek, supplemen kalsium, supplemen vitamin C berlebihan dan sebagainya.


Produk Shaklee merupakan salah satu produk semulajadi yang diiktiraf di seluruh dunia akan keberkesanannya. ExtraordinarySupplement memperkenalkan Set Batu Karang dar Shaklee bagi yang menghadapi masalah batu karang sebagai rawatan alternatif. 




BComplex : Bertujuan menurunkan oksalat (garam mineral)

Alfalfa Complex : Mengurangkan infeksi dan flammasi

Ostematrix : Magnesium menurunkan oksalat 

Carotomax : Menyembuhkan saluran urinari yang luka dan disebabkan oleh batu karang

Vita C 500 mg SR : Mengasidkan urin. Batu karang tidak akan terbentuk dalam urin asid

Lecithin : Membakar lemak berlebihan

Klik disini untuk melihat butiran lanjut bagi setiap produk Shaklee


Hubungi saya dengan kadar segera bagi mendapatkan sebarang rundingan atau konsultansi dan mengikut bajet cadangan anda. Untuk maklumat lanjut hubungi:

NURHANIM MOHAMED NOOR
SHAKLEE ID: 1076274
NO. HANPHONE: 010-9333205
FB:  Nur Hanim 


“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya juga!

Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke group Ekslusif di Facebook”

NURHANIM MOHAMED NOOR
SHAKLEE ID: 1076274
NO. HANPHONE: 010-9333205
FB:  Nur Hanim 




No comments:

Post a Comment