Kehamilan dan Kemandulan

Kehamilan berlaku secara semula jadi melalui hubungan antara suami isteri. Al-Ghazali menyebut dalam Ihya Ulumuddin, kehamilan lazimnya terjadi dalam empat peringkat yang saling memerlukan iaitu:

-         Pernikahan melalui akad nikah
-         Terpancar air mani ke dalam rahim
-         Persetubuhan yang dilakukan dengan penuh sabar sehingga mencapai inzal
-         Ditempatkan zakar kekal di dalam faraj.



Pengabaian keempat-empat perkara di atas akan menyebabkan kebarangkalian berlakunya kehamilan adalah tinggi. Selain daripada emapt perkara di atas, halangan kesihatan juga menyebabkan kegagalan kehamilan secara semula jadi adalah disebabkan oleh faktor kurang subur dan mandul. Kurang subur termasuk dalam masalah kesihatan yang berpotensi untuk dirawat sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah:

Bagi Allah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakinya; ia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya akan anak-anak perempuan, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiaya dikehendakinya.
                                                                                 (Surah asy-Syura, ayat 49)



Kemandulan merupakan suatu penyakit dan bukannya fitrah kejadian manusia bukan sahaja boleh berlaku pada perempuan tetapi juga lelaki. Oleh yang demikian kemandulan boleh dirawat dengan mengetahui punca apa yang menyebabkan kemandulan berlaku. Tetapi kemandulan adalah termasuk dalam masalah kesihatan yang kurang berpotensi untuk dirawat. Antara kemandulan yang sukar dirawat adalah ketiadaan testis, testis yang terlampau mengecut, putus zakar serta kekurangan benih. Bagi perempuan pula, kemandulan boleh berlaku disebabkan oleh ratq, qurn serta afl

1.     Ratq – Ratq ialah kemandulan yang disebabkan oleh tersumbat, bersedaging serta melekat iaitu boleh didefinisikan sebagai kemandulan yang disebabkan oleh faraj yang tersumbat dengan daging dan dapat dilihat pada bahagian luar

2.     Qurn – Qurn ialah bertemu dua bahagian yang melitup atau sesuatu yang terdapat di dalam faraj perempuan seperti gigi yang menghalang persetubuhan atau lebih dikenali sebagai vagina yang tersumbat oleh daging atau tulang atau radang yang teruk sehingga menghalang kemasukan zakar. Penyumbatan itu tidak akan diketahui melainkan dengan persetubuhan

3.     Alf – Afl bererti sesuatu yang bulat keluar dari rahim selepas melahirkan anak ataupun boleh didefinisikan sebagai bengkak yang terjadi di antara qubul dan dubur wanita yang baru melahirkan anak sehingga menyempitkan faraj dan tidak dapat dimasuki zakar. Bengkak itu juga menghalang pengeluaran cecair faraj ketika berlaku persetubuhan lalu menyebabkan kenikmatan persetubuhan tidak dapat dikecapi.



Selain daripada punca di atas, terdapat juga beberapa punca lain yang menyebabkan kehamilan tidak dapat berlaku iaitu radang yang berpanjangan pada uterus, pintu rahim tersumbat, tiub fallopio tersekat, tumor rahim dan sebagainya. Selain daripada itu, faktor kesihatan mental, pergolakan hidup bermasyarakat dan masalah ekonomi antara faktor lain yang menyebabkan kehamilan bagi seorang perempuan itu gagal.

Galakan Mendapatkan Rawatan Kemandulan


Tiada percanggahan di kalangan ahli fikah dalam soal hukum mengubati penyakit yang menyebabkan kemandulan dan membolehkan seorang perempuan tu mendapat kehamilan seperti yang diinginkan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan melalui rawatan tradisional ataupun secara moden.

Set Kesuburan atau Set Kehamilan didatangkan secara khas dari Shaklee bagi membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat.



Shaklee dah 20 tahun di Malaysia. Disahkan halal dan diiktiraf KKM dan badan Islam disahkan JAKIM.
Cubalah. Pasti tak menyesal…
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda (SID: 1076274). Sebarang pertanyaan seperti rundingan harga mengikut budget boleh dibuat dengan menghubungi saya di talian berikut:
010-9333205




No comments:

Post a Comment